Thursday, 17 October 2013

Bercinta? Padahal!

Orang cakap bila sendiri lagi tenang
Singkir emosi dan perasaan
Cuma pasti kesepian
Tapi bebas dengan keputusan
Bebas dengan "kongkongan"
Padahal je semua 
Belum kahwin dah dikongkong terkongkong hingga tersepit kerongkong
P.A.D.A.H.A.L !

Berdua walaupun bukan norma kita
Cinta pasti ada
Bukan nak kisahkan muhrim atau apa
Mengaji pondok pun bertemujanji merenung mata tersenyum mesra
Kalau nak dikira, itu dosa juga
Bila berdua pasti ada yang ketiga
Sudah kebiasaan pepatah orang lama bahkan ulama

Berkawan tak salah
Bercinta pun apa salah?
Bila berhubungan ternyata indah
Walaupun kadang-kadang goyah
Kajian dah dikerah
Dua manusia berkongsi cerita, berteman duka, ketawa bersama ternyata dapat menyalurkan caj-caj positif yang membantu kesatuan dunia
Ini soal cinta
Jika cinta pada DIA manusia tak sengketa
Cuma cinta kan dunia

Jadi bijak 
jangan terlalu jelak
Bercinta belum tentu sampai akhir
Bernikah pun belum tentu dia takdir

Friday, 4 October 2013

Giveup

Sungguh aku tenat
Bermain dengan perasaan yang keji
Cuba berbaik dengan imaginasi
Imaginasi selalunya indah
Tak seperti realiti
Kotor

Berlagu sempurna
Sayangnya, hanya tahu berkata-kata
Hanya tahu menghukum dan mendengki
Itu realiti
Kotor

Aku tidak mahu hidup dengan realiti yang busuk mahu hidup dengan fantasi yang kuasai diri terus lari lupakan sekeliling berlalu dan mati dalam imaginasi terus ke infiniti

Saturday, 14 September 2013

Cinta

Otak dah kena racun
Saraf adrenalin menghenjut gerun
Ulu hati pedih direntap perih
Cinta dah ke laut
Sayang pun malas nak dipaut-paut
Tak guna
Cinta tak pernah kering
Sama macam air mata setiap kali bercinta yang sentiasa acah-acah meleleh gelisah bila terpisah
Disentuh sudah, dicium mudah, dirangkul basah
Kemudian ? Apa lagi ? 
Susah didefinisi
Gampang diamali
Terlalu kompak difikiri

Friday, 30 August 2013

31Ogos57

Suara tuntutan kemerdekaan dikerah
Jepun menyerah inggeris menjajah
Malaya dijadikan koloni
Rakyat dijadikan balaci
Hak melayu terjejas
Perjuangan mohon dibebas!
50 tahun berusaha
Dari tinta ke mata pena
Menjadi buruan dan dipenjara
Semata untuk merdeka
Menyusuri akar perjuangan
Banyak yang ditumpahkan
Keringat, darah dan airmata

Tuesday, 27 August 2013

#PrayforMesir

Tapi kenapa?
Kita saudara namun sengketa?
Salam dibalas senjata
Tembakan dibedil bertalu-talu
Marah disuarakan dengan peluru
Provokasi paling bodoh 
Diskusi ditolak
Perang diajak
Tembok ditambak
Senapang sisi diselit segak
Syahadah dibisik tanda islam dirabak
Gelaran khalifah bukan lagi tunggak
Hati dicurah dendam
Tangan meraung hauskan darah
Malaikat kecil dijadikan pemuas nafsu serakah
Walau tak bersalah
Walau tak tau mengapa dikerah
Walau ditembak berlumur darah
Semoga semuanya berakhir
Kerna ini takdir
Tanda dunia bakal terbelah
Dan akarnya baru saja menjalar
di Mesir. 

#prayforegypt
#prayformesir


Sunday, 18 August 2013

Pakcik teksi

Biar pun mendung
Angin bahang tiup kencang
Semata demi sesuap nasi
Gagah mencari
Dengan tuala good morning
Peluh diseka kering
Sedih agaknya mengenang perit
Penat dikerah
Matanya kuyup tagih simpati
Mohon yang sudi
Terik panas dia diuji
Janggal tak bantu
Bodoh rasa ini



Terus ditulis ketika berselisih dengan seorang pakcik tua dengan teksinya yg rosak ditengah jalan sambil dia menyeka peluh jantan di muka. Terlihat sedih melihat tapi bodoh aku tak mampu berbuat apa-apa. 

Thursday, 8 August 2013

Raya

Hari ni raya
Dah jadi simbolik bila tiba raya sesi maaf bermaafan diutama
Bukan hanya raya
Tapi juga hari-hari biasa
Maaf bermaafan sama kita tak kira masa
Maaf bukan acara
Tapi budaya
Dah jadi budaya kita orang melayu
Maafkan orang walau tak sebulu
Ikut cara Nabi
Maaf bukan tanda kalah
Kita beserah
Takut susah di barzakh
Bersihkan hati
Padam benci
Balasan baik menanti
Selamat hari raya 
Dari hujung rambut hingga kaki
Jangan pendam dalam hati
Hari baik bulan baik
Datang rumah sama-sama kita rai
Semoga diberkati