Tuesday 18 March 2014

Malam ini

Malam ini beda
tak seperti lainnya
dingin, indah tapi suram, kelam
lalu kaki melangkah lemah
mau pecahkan gemanya lantas riuh
mau berantakan sunyinya biar mengeluh
bongkarkan semua kusut
koyakkan segala kemelut
tapi ternyata
malam ini bukan seperti malam-malam biasanya
malam ini malam kita

tapi kau pergi tinggalkan aku demi dia


Penat

Tanpa sebab
sebak datang
meraup lemah menitis payah
mungkin terlalu banyak yang terpendam
terlalu banyak

Psikologi dan emosi merentap ketat
merubah personaliti kuat
terpaksa
people change
kot?

Tak peduli
hidup bukan untuk orang

Thursday 30 January 2014

Atitud

Aneh

Manusia ternyata aneh 

Dengan atitud yang pelbagai

Cuba memicu perhatian

Berlagak pandai tapi bodoh

Kasihan bodoh tapi angkuh

Pertama kali menonton usrah terus tukar peran nya menjadi ustazah 

Berhadis sunnah distatus 

Tidak sama sekali salah 

Caranya dia berdakwah

Cuma isinya benar ikhlas? 

Atau mahu dilihat tinggi? 

Ketipisan moral dan atitud meluas 

Semuanya bertindak dengan motif

selaras dengan niat dan objektif 

Untuk menjatuhkan atau membangunkan

Tak kira

kawan atau keluarga atau pacarannya atau sesiapa juga

Terus, 

Atitud yang sering kali berubah

Kadang tidak mengerti punca

Apa maunya cuma perhatian? 

Maukan persoalannya ditebak dengan emosi, emphaty dan symphaty

Kurang dewasa kiranya ya? 

Belum bersedia sendiri barangkali

akan sampai masanya nanti

Atitud mampu merosak dan merapatkan

Setiap satunya beda

Terpulang pada kedewasaan otak untuk bertindak, kewarasan hati menimbang dan ketelusan perasaan untuk menjaga

Zaman ini zaman kerusuhan

Semuanya akan saling membenci

Ketulan hitam hati makin besar

Makin merebak disegenap terusan jantung

Dendam kian dalam marahnya kian marak

Walauapapun

Atitud, moral, motif 

Sekaliannya perlu utuh

Laraskan sabar dalam diam

Aturkan benci untuk tak memiliki



Friday 17 January 2014

Mohon RT

Dah lama dah buang

Dengan benci kau datang

Tanpa sebab tanpa alasan

Ada benda yang kau simpan


Tapi Apa?

Apa yang kau simpan? 

Dendam taik kucing kau yg sebesar lengan?

Busuk buah durian yang kau tak makan? 


Masalah orang-orang kesepian

Gila babai meroyan


Tak faham lah

Sumpah

Dah elok jadi manusia

Tapi buka mulut bau sampah


Kalau bukan kau, jangan nak terasalah

Kisah la pulak aku nak resah gundah apa benda falsampah 

Kelaku kau acah acah

Nak marah?

Nak menyampah?

Suka hati kau lah 

Glabah!