Thursday 26 December 2013

Bukannya tak cuba

Senak pendam nak padam

Cuba padam tapi dendam

Terasa dah tahap paling tinggi barah

Telinga, mulut, hidung bersembur darah

Cuba padam tapi dendam


Sakit badan nak mati

Cuba tahan tapi benci

Barah dah koyak kehati paling dalam

Sampai masa nak ditanam

Cuba padam tapi dendam


Kali ni nak jadi, jadi

Hidup ke mati 

Terserah

Semua dah nampak macam kelam

Hanya tinggal diam

Cuba padam tapi dendam 

Tuesday 19 November 2013

Setelah kau tiada

Tak pernah terfikir
Untuk terfikir seperti ini
Kau hembuskan hangat saat aku dingin
Kau titipkan kata saat kita jauh
Kau sembuhkan luka saat aku sakit
Tapi tak pernah sekali aku ingat
Mungkin dah terlambat untuk aku ingat
Terlambat untuk kesempatan kedua
Aku yang khianati cinta kita
Sekarang bagai kotak masa
Segalanya dibayang mata
Setelah kau tiada



Thursday 17 October 2013

Bercinta? Padahal!

Orang cakap bila sendiri lagi tenang
Singkir emosi dan perasaan
Cuma pasti kesepian
Tapi bebas dengan keputusan
Bebas dengan "kongkongan"
Padahal je semua 
Belum kahwin dah dikongkong terkongkong hingga tersepit kerongkong
P.A.D.A.H.A.L !

Berdua walaupun bukan norma kita
Cinta pasti ada
Bukan nak kisahkan muhrim atau apa
Mengaji pondok pun bertemujanji merenung mata tersenyum mesra
Kalau nak dikira, itu dosa juga
Bila berdua pasti ada yang ketiga
Sudah kebiasaan pepatah orang lama bahkan ulama

Berkawan tak salah
Bercinta pun apa salah?
Bila berhubungan ternyata indah
Walaupun kadang-kadang goyah
Kajian dah dikerah
Dua manusia berkongsi cerita, berteman duka, ketawa bersama ternyata dapat menyalurkan caj-caj positif yang membantu kesatuan dunia
Ini soal cinta
Jika cinta pada DIA manusia tak sengketa
Cuma cinta kan dunia

Jadi bijak 
jangan terlalu jelak
Bercinta belum tentu sampai akhir
Bernikah pun belum tentu dia takdir

Friday 4 October 2013

Giveup

Sungguh aku tenat
Bermain dengan perasaan yang keji
Cuba berbaik dengan imaginasi
Imaginasi selalunya indah
Tak seperti realiti
Kotor

Berlagu sempurna
Sayangnya, hanya tahu berkata-kata
Hanya tahu menghukum dan mendengki
Itu realiti
Kotor

Aku tidak mahu hidup dengan realiti yang busuk mahu hidup dengan fantasi yang kuasai diri terus lari lupakan sekeliling berlalu dan mati dalam imaginasi terus ke infiniti

Saturday 14 September 2013

Cinta

Otak dah kena racun
Saraf adrenalin menghenjut gerun
Ulu hati pedih direntap perih
Cinta dah ke laut
Sayang pun malas nak dipaut-paut
Tak guna
Cinta tak pernah kering
Sama macam air mata setiap kali bercinta yang sentiasa acah-acah meleleh gelisah bila terpisah
Disentuh sudah, dicium mudah, dirangkul basah
Kemudian ? Apa lagi ? 
Susah didefinisi
Gampang diamali
Terlalu kompak difikiri

Friday 30 August 2013

31Ogos57

Suara tuntutan kemerdekaan dikerah
Jepun menyerah inggeris menjajah
Malaya dijadikan koloni
Rakyat dijadikan balaci
Hak melayu terjejas
Perjuangan mohon dibebas!
50 tahun berusaha
Dari tinta ke mata pena
Menjadi buruan dan dipenjara
Semata untuk merdeka
Menyusuri akar perjuangan
Banyak yang ditumpahkan
Keringat, darah dan airmata

Tuesday 27 August 2013

#PrayforMesir

Tapi kenapa?
Kita saudara namun sengketa?
Salam dibalas senjata
Tembakan dibedil bertalu-talu
Marah disuarakan dengan peluru
Provokasi paling bodoh 
Diskusi ditolak
Perang diajak
Tembok ditambak
Senapang sisi diselit segak
Syahadah dibisik tanda islam dirabak
Gelaran khalifah bukan lagi tunggak
Hati dicurah dendam
Tangan meraung hauskan darah
Malaikat kecil dijadikan pemuas nafsu serakah
Walau tak bersalah
Walau tak tau mengapa dikerah
Walau ditembak berlumur darah
Semoga semuanya berakhir
Kerna ini takdir
Tanda dunia bakal terbelah
Dan akarnya baru saja menjalar
di Mesir. 

#prayforegypt
#prayformesir


Sunday 18 August 2013

Pakcik teksi

Biar pun mendung
Angin bahang tiup kencang
Semata demi sesuap nasi
Gagah mencari
Dengan tuala good morning
Peluh diseka kering
Sedih agaknya mengenang perit
Penat dikerah
Matanya kuyup tagih simpati
Mohon yang sudi
Terik panas dia diuji
Janggal tak bantu
Bodoh rasa ini



Terus ditulis ketika berselisih dengan seorang pakcik tua dengan teksinya yg rosak ditengah jalan sambil dia menyeka peluh jantan di muka. Terlihat sedih melihat tapi bodoh aku tak mampu berbuat apa-apa. 

Thursday 8 August 2013

Raya

Hari ni raya
Dah jadi simbolik bila tiba raya sesi maaf bermaafan diutama
Bukan hanya raya
Tapi juga hari-hari biasa
Maaf bermaafan sama kita tak kira masa
Maaf bukan acara
Tapi budaya
Dah jadi budaya kita orang melayu
Maafkan orang walau tak sebulu
Ikut cara Nabi
Maaf bukan tanda kalah
Kita beserah
Takut susah di barzakh
Bersihkan hati
Padam benci
Balasan baik menanti
Selamat hari raya 
Dari hujung rambut hingga kaki
Jangan pendam dalam hati
Hari baik bulan baik
Datang rumah sama-sama kita rai
Semoga diberkati 

Thursday 1 August 2013

Tolong!

Hati berat tapi tekad
Rasa mahu meraung
Menjerit terlolong
Hendak sekali dilaung
Namun tersepit dikerongkong

Sedar dan tolong sedar
Hati dah tawar
Ingat dan tolong ingat
Semua dah kelat
Fikir dan tolong fikir
Dah lama kau aku singkir
Bermula dengan suara semak dalam otak, memoir dalam mata pun dah aku koyak, hati dulu galak pun dah aku rabak
Dah lama 
Lepas dan tolong lepas

Aku pernah jadi kayu
Ikutkan hati yang dungu
Tapi masa berlalu
Dari kayu terus jadi batu
Dipecahkan tetap tak kan mahu
Tak pernah benci
Sebab musababnya memang tak reti
Hadir hanya semata menjaga hati
Jangan salah faham

Sudah punya
Dan perlu menjaga
Tak mahu sengketa
Tutup buku lama
Redhakan hati
Berhenti benci
Takut makan diri

Tuesday 30 July 2013

Kesah?

Terkedek-kedek merangkak
Ikutkan saja rentak
Balada dihayunkan balet, pop ditarikan rancak
Lantai tari terbelah retak
Semua untuk puaskan kehendak

Panjang hela nafas
Penat penuhi hati masing-masing
Hati sendiri? Kepuasan sendiri?
Tak sapa peduli
Bukan tak sedih
Habis koyak pecah lumat tahan pedih
Tapi senyum je la sampai letih
Buatlah baik macam mana
Kalau orang ada mata
Tapi otak buta
Diherdiklah bodoh bongok segala mak nenek pun tak guna

Hati dah hitam
Tak payah hidup, campak je kat jeram
Bunuh diri, gali dalam-dalam!
Atau 
Korekkan saja jantung, pacakkan ke sauh
Terjun! dan go jauh-jauh
Mudah bukan?
Selamat mencuba dengan iringan doa dan galakan! 



Maaf?

Dulu
Dah jauh masa berlalu
Dah banyak jugak yang berlaku
Menangis. suka. sedih. pilu
Semua dalam satu! 
Sesak dada tertusuk kalbu
Boleh gila weh aku
Ini cerita lama
mohon jangan keliru tapi mungkin sedikit tipu

Rabak
Kerabakan sikap terserlah
Perangai macam sampah
Mungkin ramai pun yang menyampah
Tapi ada aku kisah?
Asal nak susah?
Suka hati aku lah
" kubur masing-masing kan? Tak payah glabah! "

Jahil
Bodoh macam kayu
Bertindak melulu
Sebab apa? 
Sebab seronok sangat hidup
Nafsu semata iman terkatup


Sedar
Tapi apa sudah telat?
Maafkanlah tak kira esok. Lusa atau tulat
Kalau mati pun masih sempat
Taklah aku merangkak di titian sirat


Dendam
Jangan simpan lama
Bagitau jika mahu tanya
Kalau perlu kita bersemuka
Aku manusia biasa
Hina. Jahil. Keji. Disisi-Nya
Ada kesedaran tapi masih sama

Mari kita jumpa!
Betulkan semua
Tak perlu sebarang kata
Aku tau kau baca
Benci?
Aku faham
Tapi jangan diam
Bangun dan bersiram
Lagak raja mahu bersemayam
Pantas!
Sebelum terhenti nafas
Pantaslah kau bergegas
Kita selesaikan semuanya lekas
Relakan aku pergi dengan bebas

Apa bisa? 









Wednesday 24 July 2013

Telan

Sayang, 

Mengapa ada dusta dalam cinta?
Bagaimana aku bisa terus percaya?
Apa perlu aku cemburu? membabi? Dan membuta? 
Katakan saja 1000x kau setia
Tapi aku
Aku hanya mahu telan
Rasa manis kelatnya biarlah aku simpan

Tuesday 23 July 2013

Gampang!

Kadang-kadang rasa nak lari
Pergi jauh dari sini
Nak pekak kan telinga
Butakan mata
Rehat seketika
Realiti terlalu rumit
Menjadi pembelit dan terbelit
Pembodek dan tergolek
Penipu dan tertipu
Segalanya seperti virus
Tersebar dan merebak
Kelaku sorang-sorang macam psycho
Taksub, lupa, leka atau mungkin gila?
Hati terpalit hitam
Penuh dendam
Mata merenung tajam dengan
Muslihat digenggam
 
Mungkin aku patut cepat
Sebelum semuanya terlambat
Lupakan untuk lari
Kalau perlu mati aku mati
Atau aku harus gerak sendiri?
Tembak, tikam, langgar atau bakar? 

Monday 22 July 2013

Cuba

Kenapa masih perlu sayang jika sebenarnya hati sudah tekad membenci cinta 'itu' lagi?

A. Kerana sayang dengan tempoh hubungan yang lama terjalin.

B. Kerana mengharap takdir jodoh dulu mekar kembali.

C. Kerana sudah banyak berhabis masa, ringgit dan tenaga.

D. Kerana kenangan manis yang hanya sekali dua terjadi.

E. Semua yang diatas.

Wednesday 17 July 2013

Serabai

Dulu janji sehidup semati
Belah dada xray hati
Kiss tangan kiss pipi kiss dahi 
Payung habis kangkang sana selup sini
Come on, barulah remaja masa kini

At the end, broke up 
Sakit hati caci maki
Kau babi kau puki
Kau boleh pergi mati aku dah tak nak kau lagi






Monday 15 July 2013

Resah

Hari ke-tujuh Ramadhan
Segalanya tampak indah
Masing-masing berlumba mencari nikmat Allah s.a.w
Satu-satunya bulan penuh berkah
Namun ada yang alpa atau mungkin lelah
Lelah untuk berubah atau
Lelah untuk mencuba dan hanya gemar bermegah-megah?
Mungkin itu tugasnya khalifah? Mungkin? 
Aku bukan ustazah
Kerna aku juga buat salah
Aku bukan ingin menyampaikan dakwah
Hanya mahu bermuhasabah
Aku manusia hina disisi Allah
Terlalu jahil mengaku ummah
Aku mentah
Takut tinggalkan dunia lupa dengan titian sirat di akhirat
Punya niat tapi hanya 'tau buat' belum mahu taubat
Kenapa? 
Soalan yang tak berjawaban
Segan? 
Segan dengan Tuhan?
Hidup untuk fun belum rasa api kesakitan
Belum cukup kesedaran
Sekarang hanya kau
Jawab 
Sudah sedia bertemu kiamat? 

Jujurnya
Masih belum
Aku takut
Tapi aku? .. 







Tuesday 9 July 2013

Introduksi

Gobok ni dibuka tanpa salam
Tanpa mukadimah
Dengan gelojohnya terus meluah
Adalah dengan ini sedikit introduksi dikerah

Gobokjiwa merupakan satu-satunya port untuk aku berinteraksi dengan otak
dan jiwa
Aku tak reti bercerita tentang masalah yang aku kira orang lain juga akan terbeban
Mungkin ada yang boleh dicerita dan ada yang perlu disimpan
Kita ada DIA untuk mengadu, tak perlu semua tahu
Dan aku tak gemar mendedahkan kisah yang resah
Attitude yang secretive membuatkan aku sangap untuk berkata-kata 
Tanpa menelanjangkan rahsia
Hanya untuk mencapai kepuasan ejakulasi berbicara dengan tinta

Monday 8 July 2013

Pergi

Setahun sudah cukup
Luka dihunus pisau dari kau
Parut dikoyak kan dari dia
Aku kira sudah kering sepenuhnya

Terima kasih 

Dari itu aku bangkit bertatih
Pisau ku tarik perlahan walau hampir membenam jantung
Parut ku jahit halus biar tak nampak tanda

Bangga

Kerna dipenghujungnya aku bisa
Aku hampir mati dicaci dimaki dibiarkan sendiri
Apa lagi?
Aku dihalau jauh terasing
Hanya aku sendiri

Sakit

Hingga terhenti nafas merabak duka
Cukup untuk buat aku buta
Cukup untuk buat aku sengsara

Saat ini

Aku bukan seorang yang prejudis
Aku optimis
Segalanya aku hakis
Sedikit pun tiada sinis
Sebaliknya semakin kritis
Kritis dengan kekangan yang mampir
Sudah cukup matang menangkis 

Selamat tinggal masa lalu
Pegang erat tanganku, masa depan 



Wednesday 3 July 2013

Kenapa?

Kenapa jalan tunduk bawah?
Apa yang kau resah?
Malu dengan anugerah?
Bukankah ciptaan Allah itu indah
Usah susah
Biar orang pandang rendah
Kau tetap cantik dimata DIA 
Kau tetap yang terbaik disamping Maha Pencipta
Pedulikan mata mata yang hanya bijak menghakimi
Manusia hina tak sedar diri
Hidup menumpang hidung tinggi
Sudah cukup sempurna untuk mencaci?
Ada sebab Allah izinkan kau sombong diri
Ada sebab Allah biarkan kau rendah diri
Tak payah fikir
Sebab kau cuma masuk telinga kanan keluar telinga kiri
Tak payah renung sampai termenung
Cuma satu.. 
Besyukur sambil bertafakur
Kita hidup tak lama, jangan takbur




Wednesday 26 June 2013

Penceroboh

Ketatkan mental
Padukan fizikal
Selitkan pistol 
Sarungkan baju kalis peluru
Bersedia berlari laju
Tepis tembakan selagi mampu
Dia cuma musuh tak malu
Menceroboh hak milikmu
Jangan ditanya apa yang dia mau
Orang dungu selalu begitu
Hidup untuk membunuh jiwa sekutu
Takde otak!
Suka menidak kebenaran
Dasar sepupu sepapat syaitan!
Kemaskan peralatan
Acu pistol terus ke depan
Sedia untuk berkorban atau dikorban!
Masih belum selesai
Jangan lupa
Acu dan tembak
Hapus dan bakar
Lepaskan amarah 
Biarkan tanah berdarah



Tuesday 25 June 2013

Zombi

Jerebu pagi ni nampak lagi kelabu
Hilang pandangan hijau 
Pedih mata terus kabur
Nafas makin pendek
Udara kian sengkek
Lagi drama kalau kalau
Dari balik kabus...
Muncul zombi perlahan menerkam otak
Segerombolan datang keinginan membuak buak
Mahu manusia ditokak tokak
Tembak terus dikepala otak
Lari sekuat hati
Jangan tinggal bunyi

Sunday 16 June 2013

Memasal

Kekadang otak banyak pengaruh hati
Buat kan aku sesak
Banyak sangat tanda tanya buat aku benak
Kenapa semua sepertinya terlalu berselerak?
Orang lain pun macam aku atau aku je yang semak?
Serabut otak
Berkocak nadi
Mati lagi senang
Biar semua puas hati




Lepas

Yang ni untuk kau
Yah kau
Aku rasa aku dah sedia
Untuk fasa yang seterusnya
Jika benar ini takdir kita
Aku sepenuhnya sudah lepas yang lama
Hanya sedikit tinggal cebis sisa
Bagi aku masa
Aku pasti bisa 


Saturday 15 June 2013

Tetiba

Sabtu, 15 June 2013
Dalam perjalanan ke Putrajaya
Menghadiri majlis perkahwinan 
Sementara mendengar bait lirik seorang artis melayu 
Sejenak terflash back ... 
Banyak benda yang dia tinggalkan dan aku sendiri terkesan
Banyak.

Tuesday 11 June 2013

Kay

Kay, teman imaginasi aku
Akan muncul setiap kali terfikirkan
Peneman selama sendirian
Tinggi, specky, romantic, wangi
Dia Kay
Aku tau dia tak kan pernah wujud
Tapi aku selalu rasa dia ada 
Pernah termimpikan lelaki persis Kay
Tapi mimpi, mimpi kan mainan tidur
Walaupun sekarang dah berteman
Kay masih dalam angan
Aku harap kau muncul
Aku nak rasa jari kau yang pernah sapu air mata dalam mimpi setiap kali aku tidur dalam tangis
Kau macam bukan imaginasi aku
Keluar lah Kay.

Friday 7 June 2013

Gelap

Jam menunjukkan pukul 3.33 pagi
Mata masih terbeliak mencacak langit
Hati kosong tanpa isi
Tak tau apa nak dicari
Penat
Sambung esok hari

Tuesday 4 June 2013

Bayang

Suara kau ketawa kau selalu jadi bayang pemekak otak
Padahal aku dah gerak
Dah jauh aku menapak
Tinggalkan semua kesan rabak
Apa lagi nak semak?
Pergilah
Kau cuma kasanova tamak

Monday 3 June 2013

Ego

Bila hati pecah, kau terus blah
kau ingat kau gagah?
teruskan megah
kau merebak barah

Friday 31 May 2013

Pagi

Masih awal pagi
7:15 ada yang selesa lagi bermimpi
Bangunlah woi
Buka pintu rezeki
Itu yang Allah dah janji

Thursday 30 May 2013

Dulu

Sepi hari yg aku lewat dulu
Tak mampu kaki memandu
Senyum kau yang selalu aku rindu
Tak sedar kau bukan lagi milik aku

Kau masih yang terindah
Tapi untuk masa lalu
Biar sakit tersisip dengan kesedihan dulu
Kerna menangis pun aku tak mampu