Thursday, 26 December 2013

Bukannya tak cuba

Senak pendam nak padam

Cuba padam tapi dendam

Terasa dah tahap paling tinggi barah

Telinga, mulut, hidung bersembur darah

Cuba padam tapi dendam


Sakit badan nak mati

Cuba tahan tapi benci

Barah dah koyak kehati paling dalam

Sampai masa nak ditanam

Cuba padam tapi dendam


Kali ni nak jadi, jadi

Hidup ke mati 

Terserah

Semua dah nampak macam kelam

Hanya tinggal diam

Cuba padam tapi dendam 

Tuesday, 19 November 2013

Setelah kau tiada

Tak pernah terfikir
Untuk terfikir seperti ini
Kau hembuskan hangat saat aku dingin
Kau titipkan kata saat kita jauh
Kau sembuhkan luka saat aku sakit
Tapi tak pernah sekali aku ingat
Mungkin dah terlambat untuk aku ingat
Terlambat untuk kesempatan kedua
Aku yang khianati cinta kita
Sekarang bagai kotak masa
Segalanya dibayang mata
Setelah kau tiada



Thursday, 17 October 2013

Bercinta? Padahal!

Orang cakap bila sendiri lagi tenang
Singkir emosi dan perasaan
Cuma pasti kesepian
Tapi bebas dengan keputusan
Bebas dengan "kongkongan"
Padahal je semua 
Belum kahwin dah dikongkong terkongkong hingga tersepit kerongkong
P.A.D.A.H.A.L !

Berdua walaupun bukan norma kita
Cinta pasti ada
Bukan nak kisahkan muhrim atau apa
Mengaji pondok pun bertemujanji merenung mata tersenyum mesra
Kalau nak dikira, itu dosa juga
Bila berdua pasti ada yang ketiga
Sudah kebiasaan pepatah orang lama bahkan ulama

Berkawan tak salah
Bercinta pun apa salah?
Bila berhubungan ternyata indah
Walaupun kadang-kadang goyah
Kajian dah dikerah
Dua manusia berkongsi cerita, berteman duka, ketawa bersama ternyata dapat menyalurkan caj-caj positif yang membantu kesatuan dunia
Ini soal cinta
Jika cinta pada DIA manusia tak sengketa
Cuma cinta kan dunia

Jadi bijak 
jangan terlalu jelak
Bercinta belum tentu sampai akhir
Bernikah pun belum tentu dia takdir

Friday, 4 October 2013

Giveup

Sungguh aku tenat
Bermain dengan perasaan yang keji
Cuba berbaik dengan imaginasi
Imaginasi selalunya indah
Tak seperti realiti
Kotor

Berlagu sempurna
Sayangnya, hanya tahu berkata-kata
Hanya tahu menghukum dan mendengki
Itu realiti
Kotor

Aku tidak mahu hidup dengan realiti yang busuk mahu hidup dengan fantasi yang kuasai diri terus lari lupakan sekeliling berlalu dan mati dalam imaginasi terus ke infiniti

Saturday, 14 September 2013

Cinta

Otak dah kena racun
Saraf adrenalin menghenjut gerun
Ulu hati pedih direntap perih
Cinta dah ke laut
Sayang pun malas nak dipaut-paut
Tak guna
Cinta tak pernah kering
Sama macam air mata setiap kali bercinta yang sentiasa acah-acah meleleh gelisah bila terpisah
Disentuh sudah, dicium mudah, dirangkul basah
Kemudian ? Apa lagi ? 
Susah didefinisi
Gampang diamali
Terlalu kompak difikiri

Friday, 30 August 2013

31Ogos57

Suara tuntutan kemerdekaan dikerah
Jepun menyerah inggeris menjajah
Malaya dijadikan koloni
Rakyat dijadikan balaci
Hak melayu terjejas
Perjuangan mohon dibebas!
50 tahun berusaha
Dari tinta ke mata pena
Menjadi buruan dan dipenjara
Semata untuk merdeka
Menyusuri akar perjuangan
Banyak yang ditumpahkan
Keringat, darah dan airmata

Tuesday, 27 August 2013

#PrayforMesir

Tapi kenapa?
Kita saudara namun sengketa?
Salam dibalas senjata
Tembakan dibedil bertalu-talu
Marah disuarakan dengan peluru
Provokasi paling bodoh 
Diskusi ditolak
Perang diajak
Tembok ditambak
Senapang sisi diselit segak
Syahadah dibisik tanda islam dirabak
Gelaran khalifah bukan lagi tunggak
Hati dicurah dendam
Tangan meraung hauskan darah
Malaikat kecil dijadikan pemuas nafsu serakah
Walau tak bersalah
Walau tak tau mengapa dikerah
Walau ditembak berlumur darah
Semoga semuanya berakhir
Kerna ini takdir
Tanda dunia bakal terbelah
Dan akarnya baru saja menjalar
di Mesir. 

#prayforegypt
#prayformesir