Thursday 30 January 2014

Atitud

Aneh

Manusia ternyata aneh 

Dengan atitud yang pelbagai

Cuba memicu perhatian

Berlagak pandai tapi bodoh

Kasihan bodoh tapi angkuh

Pertama kali menonton usrah terus tukar peran nya menjadi ustazah 

Berhadis sunnah distatus 

Tidak sama sekali salah 

Caranya dia berdakwah

Cuma isinya benar ikhlas? 

Atau mahu dilihat tinggi? 

Ketipisan moral dan atitud meluas 

Semuanya bertindak dengan motif

selaras dengan niat dan objektif 

Untuk menjatuhkan atau membangunkan

Tak kira

kawan atau keluarga atau pacarannya atau sesiapa juga

Terus, 

Atitud yang sering kali berubah

Kadang tidak mengerti punca

Apa maunya cuma perhatian? 

Maukan persoalannya ditebak dengan emosi, emphaty dan symphaty

Kurang dewasa kiranya ya? 

Belum bersedia sendiri barangkali

akan sampai masanya nanti

Atitud mampu merosak dan merapatkan

Setiap satunya beda

Terpulang pada kedewasaan otak untuk bertindak, kewarasan hati menimbang dan ketelusan perasaan untuk menjaga

Zaman ini zaman kerusuhan

Semuanya akan saling membenci

Ketulan hitam hati makin besar

Makin merebak disegenap terusan jantung

Dendam kian dalam marahnya kian marak

Walauapapun

Atitud, moral, motif 

Sekaliannya perlu utuh

Laraskan sabar dalam diam

Aturkan benci untuk tak memiliki



No comments:

Post a Comment